Bekam Untuk Pesakit Kencing Manis Dibolehkan




Amalan berbekam mengeluarkan darah kotor dalam tubuh berupaya mengurangkan gejala penyakit.

Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

Turunkan paras insulin dalam darah

Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.

Rawatan secara sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu pesakit mendapatkan manfaat.

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur dijalankan.

“Pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi amalan makan secara sihat,” katanya.

Dr Rosmawati berkata demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.

Terapi kurangkan kesakitan

Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi.

Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari.

Berdasarkan tempoh itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Kaedah torehan yang sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua milimeter.

“Kedalaman itu sudah memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.

“Kebanyakan pengamal bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk bahagian yang hendak dibekam,” katanya.

Patuhi 10 titik bekam

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

→ Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.

→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.

→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.

→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

→ Elak minuman manis Selepas bekam

→ Elak aktiviti lasak

→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

sumber: Berita harian

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat. 
Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link 

Cara Mengubat Migraine



Jika anda sering sakit kepala, ia akan menyebabkan pekerjaan dan hidup anda sedikit sebanyak terganggu. Sakit kepala dipengaruhi pelbagai jenis faktor. Sama ada ia berpunca dari penyakit atau tekanan mental kepada pesakit. Antara jenis sakit kepala yang sering terjadi adalah :

1. Sakit kepala tegang - Kerap kali pesakit akan berasa kepala seperti di tekan sehingga berasa sakit. Selalunya ia berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tekanan mental yang berterusan, sering kurang minum air atau dehidrasi, minum kafein berlebihan, kerap kali kurang tidur, minum minuman beralkohol dan melambatkan waktu makan.

2.  Migrain - Migrain jarang terjadi berbanding dengan sakit kepala tegang. Pesakit yang mengalami migrain akan merasakan salah satu sisi atau kedua-dua sisi kepala seakan-akan berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini dapat menganggu rutin seharian pesakit.

Bagi perubatan bekam, membuang darah kotor atau toksik adalah sangat berguna bagi menambah baik aliran darah yang bersih dalam badan. Setelah darah kotor dikeluarkan daripada badan, badan akan menghasilkan bekalan darah yang baru (fresh blood supply) bagi menggantikan darah kotor yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu, berbekam juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hal ini penting kerana pembentukan kolestrol didinding arteri dapat mengecilkan saluran darah serta secara langsung mengurangkan bekalan darah yang dapat disalurkan kepada seluruh badan. Untuk mencapai bekalan darah yang diperlukan oleh badan, jantung perlu bekerja lebih kuat dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini dapat membebankan jantung pula dan sangat tidak bagus kepada jantung.

Dengan berbekam, hal diatas dapat dielakkan daripada terus berlaku. Apabila seluruh badan mendapat bekalan darah yang bersih dan mencukupi, organ-organ diseluruh badan dapat berfungsi dengan baik di tahap yang optimum. Dengan bekalan darah bersih yang mencukupi juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah sakit kepala apabila organ dikepala dapat berfungsi pada tahap optimum dengan bekalan darah bersih yang mencukupi. - sumber http://www.terapialternatifislam.com

3. Salah satu cara untuk mengubat migrain juga adalah dengan kaedah pemakanan sunnah. Setahu kita orang yang mengalami migrain ini ada masalah pencernaan makanan. PH makanan terlalu berasid kerana tidak mengambil makanan yang seimbang. Kandungan kafien yang tinggi. Ada perlu seimbangkan PH tubuh badan dengan mengambil susu, madu, kurma dan delima. Pastikan ambil secara konsisten setiap hari sebelum makan dan sebelum tidur. Jadi perut anda akan terasa kurang berasid dan berada dalam keadaan seimbang.

4. Migrain juga kerap berlaku pada seseorang yang terkena serangan makhluk halus. Gangguan kepala ini sangat berkesan pada jin kerana kepala adalah tempat kita berfikir dan mengingat sesuatu. Tatkala kita diserang migrain, kita sukar untuk membaca al Quran dan malah sukar juga untuk berzikir. Mulut ini dikeluarkan  sakit..aduh.... Di situlah kita akan diuji oleh Allah tahap mana zikir kita adakah sudah sampai ke hati atau sekadar sebutan lidah yang tidak istiqomah? Jadi cara untuk mengelak migrain ini sentiasalah berzikir supaya tatkala kita di serang, hati dan mulut mudah untuk berzikir melawan jin yang menyerang kita.


5. Berbekam adalah cara sunnah rasullulah saw dalam pengubatan Islam yang di amalkan. Dengan teknik ini, darah toksid akan dikeluarkan dari kepala dengan teknik sucking bekam. Pesakit tidak perlu dibius kerana ianya tidak sakit malah akan terasa seperti satu urutan dan kelegaan tatkala darah itu keluar dari kepala. Dari sudut Islam, darah kotor itu adalah tempat tinggalnya iblis dan jin. Dan mereka jugalah yang menganggu hidup manusia agar sukar untuk melaksanakan ibadah. 

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat. 
Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link 


Tanda-tanda Jika Terdapat Jin dalam Badan



BAGAIMANA MENGGUNAKAN SENARAI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN INI?

Caranya mudah. Baca dan perhatikan dengan teliti satu persatu, kemudian perhatikan pada diri anda atau pada orang yang ingin anda kesan. Berusahalah untuk melakukan sejujur mungkin.

Jika ada tanda-tanda di bawah ini pada diri anda, maka kemungkinan besar ada gangguan jin dalam diri anda.

Gejala-Gejala Gangguan Jin Pada Manusia

1) Gejala pada waktu tidur

Susah tidur malam. Iaitu tidak boleh tidur walaupun mata dah mengantuk kecuali selepas bersusah-payah untuk tidur.
Susah nak bangun. Iaitu kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur sehingga susah untuk melakukan ibadah-ibadah yang sepatutnya.
Cemas, sering terjaga pada waktu malam tanpa sebab yang munasabah.
Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya, kemudian rasa nak menjerit meminta tolong tapi suara seperti tidak dapat keluar.
Mimpi melihat pelbagai binatang, contohnya kucing, anjing, tikus, kuda, monyet, harimau, serigala dan lain-lain.
Bunyi gigi geraham bergesel ketika sedang tidur.
Ketawa, menangis, menjerit dan bercakap sendiri ketika sedang tidur.
Mimpi seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi.
Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa sedar.
Mimpi berada di kawasan perkuburan, atau di dalam kubur, tempat yang kotor atau jalan yang mengerikan.
Mimpi melihat orang yang pelik, contohnya seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
Mimpi yang sangat menakutkan seperti mimpi melihat hantu.
Mimpi seseorang yang sama berkali-kali dan rasa ingin berjumpa dengan orang tersebut.
Mimpi seakan-akan ditindih dengan benda yang sangat berat sehingga susah untuk melepaskan diri.
Berdengkur dengan sangat kuat dan keras suaranya.
Mimpi melihat atau bertemu dengan ahli keluarga yang sudah mati, atau melihat mayat.
Mimpi terjadi sesuatu peristiwa dan keesokannya berlaku peristiwa yang sama seperti dalam mimpi.
2) Gejala pada waktu terjaga.

Sering was-was/ketakutan.
Suka marah-marah atau emosi tak dapat dikawal.
Dorongan yang kuat untuk melakukan maksiat.
Rasa lesu dan malas sangat nak beribadah.
Susah sangat nak khusyuk dalam solat. Contohnya susah nak ingat dah berapa rakaat dalam solat.
Suka berkhayal, termenung dan menyendiri.
Selalu pening kepala tanpa ada penyebabnya.
Selalu lalai dalam berzikir, meninggalkan atau melambatkan solat dan amalan yang lain.
Fikiran selalu runsing, selalu rasa sedih tnpa sebab, jantung berdebar-debar tanpa sebab.
Merasakan seperti diikut oleh seseorang, mengejar ingin membunuh/mengancam, merasa akan kedatangan seseorang, rasa seperti akan dilamar oleh seseorang, rasa seperti ada seseorang ajak bersembang, mendengar bisikan-bisikan agar melakukan sesuatu yang jahat (membunuh, memperkosa/bersetubuh dengan anggota keluarga, memukul bunuh diri dan sebagainya).
Sering terdengar seperti ada seseorang memangil nama.
Sering tercium bau wangian atau bau yang busuk.
Melihat seolah-olah benda-benda di sekeliling bergerak, berputar dan sebagainya.
Melakukan tindakan-tindakan yang pelik tanpa disedari.
Secara tiba-tiba dapat meramal dan mengetahui apa yang akan terjadi.
Cemas dan takut yang berlebihan.
Melihat makhluk halus atau dapat merasakan kehadiran makhluk halus tersebut.
Rasa sakit pada salah satu anggota badan, tetapi bila dilakukan pemeriksaan semuanya normal.
Baiklah, tanda-tanda yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian dari tanda-tanda gangguan jin. Masih banyak lagi tanda-tandanya.

Cara mengenali gangguan jin sangat beragam, namun secara umumnya kita dapat mengenalinya melalui mimpi, keadaan tubuh badan, perasaan/mental, keadaan rumah, latar belakang keluarga, bahkan dari wajah orang yang ada gangguan tersebut.

Benar, kita dapat mengenali gangguan jin pada orang tersebut hanya melalui wajahnya, tanpa kita melihat jin itu sendiri. Bolehkah begitu? Sebenarnya gangguan jin sama seperti gangguan penyakit-penyakit lain. Sakit yang sering kita alami, contohnya bila kita demam, dapat kita kenali tandanya dari keadaan tubuh badan kita, warna kulit, lidah, kuku jari dan raut wajah.

Jika anda pernah membaca bagaimana mendiagnosis penyakit dalam rawatan akupuntur, anda pasti faham hal ini. Demikianlah, halnya dengan gangguan jin, jika jin telah ada dalam diri kita maka akan nampak tandanya di wajah kita. Dengan banyak mengamati, kita akan mudah mengenalinya. Inshaa Allah. sumber: http://perawatislam.com

Teknik perubatan Islam berbekam dan ruqyah mampu melemahkan jin dan sarangnya yang terdapat dalam darah kotor di tubuh badan.

Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link 

BEKAM vs SIHIR vs RUQYAH


Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir ??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu ??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. 

Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaa Allah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.

Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka dan mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Keistimewaan ayat ini  dan simptom yang akan didapati selepas mendengar:

1. Denyutan jantung makin kencang

2. Badan bergegar

3.Ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4. Mengantuk/menguap

5. Batuk

6. Gelisah

7. Panas di tengkuk



Kelebihan Berbekam Hijamah



KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.


Amalan berbekam mengeluarkan darah kotor dalam tubuh berupaya mengurangkan gejala penyakit.

Prosedur bekam basah atau atau bekam darah dilakukan mengikut syarat asas membantu mengurangkan derita sakit seperti darah tinggi, jantung, diabetes, migrain dan kolesterol dalam darah.

Namun disebabkan kurang maklumat sebahagian besar pesakit diabetes, umpamanya mengelakkan khuatir membawa kesan luka yang lebih serius.

Pesakit kencing manis mengaku mereka tidak berani melakukannya kerana terlalu percaya andaian diabetes menjadi lebih serius, selain trauma terhadap darah.

Tanpa mereka sedari, ia antara rawatan untuk mengurangkan masalah kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah.

Turunkan paras insulin dalam darah

Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.

Rawatan secara sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu pesakit mendapatkan manfaat.

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur dijalankan.

“Pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi amalan makan secara sihat,” katanya.

Dr Rosmawati berkata demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.

Terapi kurangkan kesakitan

Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi.

Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari.

Berdasarkan tempoh itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Kaedah torehan yang sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua milimeter.

“Kedalaman itu sudah memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.

“Kebanyakan pengamal bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk bahagian yang hendak dibekam,” katanya.

Patuhi 10 titik bekam

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

→ Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.

→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.

→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.

→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

→ Elak minuman manis Selepas bekam

→ Elak aktiviti lasak

→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

→ Elak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 jam

KEBAIKAN BERBEKAM
- Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
- Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
- Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
sumber penulisan: Dbekam muslimah putrajaya
Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link



Servis Bekam Mobile ke rumah anda
Hubungi Rahmah 014 6377649

Berlawan dengan Makhluk Halus

Berlawan dengan Makhluk Halus

Syeikh Jibrin dalam Fatawanya daripada kitab al-Lu’lu al-Makin menyebut:
Sebenarnya dibolehkan menggunakan ruqyah bagi sesiapa yang baik bacaannya, memahami maknanya, mempunyai akidah yang betul dan melakukan amal perbuatan yang baik serta mempunyai peribadi yang baik. Tidak disyaratkan kepada penjampi (perawat) untuk mengetahui semua permasalahan furu’ (cabang) di dalam masalah agama dan mempelajari ilmu secara mendalam. Hal ini berdasarkan kisah Abu Said yang menjampi orang yang telah sesat disengat binatang berbisa. Beliau berkata: “Kami tidak pernah mengetahui (surah al-Fatihah) sebagai ayat untuk menjampi atau seperti yang termaktub di dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Orang yang menjampi mestilah mempunyai niat yang baik dan bertujuan untuk memberikan manfaat kepada orang Islam serta tidak bercita-cita untuk memperolehi harta dan ganjaran agar jampi yang dibaca itu lebih berkesan.” Lihat al-Lu’lu al-Makin (22).
Adapun jika perawat Islam melakukan proses perubatan dengan menjampi pesakit seperti ruqyah atau sebagainya, maka perlulah menuruti syarat-syarat dalam menjampi. Ini kerana untuk membezakan antara ruqyah yang menepati sunnah dengan ruqyah yang bercanggah dengan sunnah:
Kami bawakan di sini tiga syarat yang disebut oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya al-Fath al-Bari, Antaranya menyebut:
“Para ulama telah sepakat tentang kebolehan membuat rawatan jika mengikuti tiga syarat ini:
  • Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan firman Allah SWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-
  • Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau sesuatu bahasa selain bahasa arab yang difahami maknanya.
  • Menyakini bahawa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi hanyalah dengan izin Allah SWT.
Lihat al-Fath al-Bari (10/240)
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah ada menyebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa:
“Adapun mengubati orang yang dirasuk jin dengan menggunakan ruqyah dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT hendaklah memiliki dua perkara ini:
  • Jika ruqyah dan permohonan perlindungan diri ini difahami maknanya, atau merupakan kalimah-kalimah yang dibolehkan dalam Islam, atau berupa doa dan zikir kepada Allah SWT, maka ruqyah tersebut boleh dilakukan. Jika demikian keadaannya, maka boleh membuat rawatan terhadap orang yang dirasuk dan memohon perlindungan diri kepada Allah SWT.
Dalam hadis sahih yang berasal daripada Nabi SAW disebutkan bahawa Nabi SAW membolehkan untuk meruqyah selama mana ianya tidak mengandungi amalan syirik. Baginda SAW juga bersabda: “Sesiapa di antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah.”
  • Jika dalam membuat rawatan itu terdapat ungkapan-ungkapan yang diharamkan seperti ungkapan yang mengandungi amalan syirik atau tidak diketahui maknanya dan berkemungkinan mengandungi kekufuran, maka tidak harus membuat rawatan dengannya, tidak boleh berkeinginan dan tidak boleh pula bersumpah untuk menggunakan kalimah tersebut walaupun kadang-kadang dengan menggunakan kalimah tersebut dapat menghalau jin keluar dari tubuh orang yang dirasuk. Ini kerana apa-apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya lebih besar mudaratnya berbanding manfaatnya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga berkata sebagaimana yang disebut di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa (19/13): “Oleh itu, para ulama kaum muslimin melarang membuat rawatan dengan sesuatu yang tidak diketahui maknanya kerana ia dapat menjadi punca terjatuhnya seseorang ke dalam lembah amalan syirik walaupun pengruqyah (perawat) tidak menyedarinya.”
Imam al-Nawawi juga ada menyebut di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim (14/141-142):
Hendaklah meninggalkan ruqyah jika ruqyah yang dibaca berasal daripada ucapan-ucapan orang kafir, membuat rawatan dengan kalimah-kalimah asing, merawat dengan bacaan selain bahasa arab yang tidak diketahui maknanya. Semua itu tercela kerana ada kemungkinan maknanya adalah kekufuran, mendekati kekufuran atau makruh.
Adapun membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir yang difahami tidaklah dilarang, bahkan merupakan amalan yang sunnah. Para ulama telah menukilkan sebagai ijma’ tentang kebolehan membuat rawatan dengan ayat-ayat al-Quran dan zikir-zikir kepada Allah SWT.
Imam Syauqani berkata: “Bahawa harus meruqyah dengan kitab Allah SWT, dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang ma’thur, boleh juga doa yang tidak ma’thur selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur.” Lihat Nail al-Autar (10/440)
Kami juga berpandangan adalah perlu dan seharusnya bagi seorang yang bergelar perawat Islam adalah orang yang sahih dan betul akidahnya, baik akhlaknya, tidak melakukan dosa-dosa besar atau kecil berterusan sehingga menjatuhkan maruah sebagai seorang perawat serta tidak melakukan kesyirikan kepada Allah SWT dan tidak menjadikan khidmat rawatan Islam sebagai sumber rezeki dan seumpamanya. 
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka jelaslah menggunakan khidmat rawatan daripada perawat Islam hukumnya adalah harus jika sekiranya perawat Islam menggunakan bacaan jampi atau ruqyah dalam perawatannya, maka hendaklah menepati seperti apa yang telah disebutkan di atas dan tidak melanggar syarat-syarat dan prinsip-prinsip dalam perubatan ruqyah dan perbuatan alternatif Islam. 
Isu yang kedua ialah berkaitan hukum meminta bantuan pertolongan daripada jin.
Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili pernah ditanya: “Adakah harus meminta pertolongan dengan jin muslim? Dan apakah hukum meminta pertolongan dengan jin muslim untuk berkhidmat kepada orang Islam? Dan Apakah hukum meminta pertolongan dengan jin secara umum? Maka Syeikh menjawab: “Haram meminta pertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun. Dan perkara ini adalah tercela secara syara’. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
MaksudnyaDan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)
Lihat Maqalah Syeikh Dr Abdul Qader bin Muhammad al-Ghamidi bertajuk Hukm al-Isti’anah bi al-Jin fi al-Mubahat (Hukum Meminta Pertolongan Dengan Jin Dalam Perkara Yang Harus).
Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab di dalam fatwanya apabila ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum meminta bantuan jin:
Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslim tidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantara jin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut. Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakan usaha yang harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan. Dalam riwayat sahih daripada Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda:   “Sesiapa mendatangi bomoh kemudian menanyakan sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh malam. Diriwayatkan daripada Muslim dalam kitab Sahihnya. Para perawi hadis yang empat (Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah) dan Hakim -- dan yang terakhir ini mengatakan hadis ini sahih -- meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:   “Sesiapa yang mendatangi bomoh (ahli sihir) kemudian membenarkan perkataannya, maka ia telah kufur (ingkar) terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad. Lelaki ini dan kawan-kawannya daripada kalangan bangsa jin termasuk dalam golongan tukang ramal dan bomoh, maka mereka tidak boleh diminta bantuan dan tidak boleh dipercayai ucapannya.
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkan meminta pertolongan dengan jin.
Semoga dengan pencerahan ini kita dikurniakan oleh Allah SWT kefahaman dan penjagaan daripada-Nya dari segala keburukkan manusia dan selainnya. Amiin.