BEKAM vs SIHIR vs RUQYAH


Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir ??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu ??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. 

Maksud ruqyah secara istilah adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

Cara untuk mengesan dan atasi gangguan-gangguan ini antaranya ialah menggunakan Ayat Ruqyah. Ayat Ruqyah ni ialah gabungan dari ayat-ayat Al Quran yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan atau di rumah kita. Selepas mendengar ayat ini, insyaa Allah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita.

Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita, ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka dan mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ayat-ayat Ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Keistimewaan ayat ini  dan simptom yang akan didapati selepas mendengar:

1. Denyutan jantung makin kencang

2. Badan bergegar

3.Ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4. Mengantuk/menguap

5. Batuk

6. Gelisah

7. Panas di tengkuk



No comments:

Post a Comment