Cara Mengubat Migraine



Jika anda sering sakit kepala, ia akan menyebabkan pekerjaan dan hidup anda sedikit sebanyak terganggu. Sakit kepala dipengaruhi pelbagai jenis faktor. Sama ada ia berpunca dari penyakit atau tekanan mental kepada pesakit. Antara jenis sakit kepala yang sering terjadi adalah :

1. Sakit kepala tegang - Kerap kali pesakit akan berasa kepala seperti di tekan sehingga berasa sakit. Selalunya ia berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, tekanan mental yang berterusan, sering kurang minum air atau dehidrasi, minum kafein berlebihan, kerap kali kurang tidur, minum minuman beralkohol dan melambatkan waktu makan.

2.  Migrain - Migrain jarang terjadi berbanding dengan sakit kepala tegang. Pesakit yang mengalami migrain akan merasakan salah satu sisi atau kedua-dua sisi kepala seakan-akan berdenyut-denyut. Sakit kepala jenis ini dapat menganggu rutin seharian pesakit.

Bagi perubatan bekam, membuang darah kotor atau toksik adalah sangat berguna bagi menambah baik aliran darah yang bersih dalam badan. Setelah darah kotor dikeluarkan daripada badan, badan akan menghasilkan bekalan darah yang baru (fresh blood supply) bagi menggantikan darah kotor yang telah dikeluarkan. Selain daripada itu, berbekam juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hal ini penting kerana pembentukan kolestrol didinding arteri dapat mengecilkan saluran darah serta secara langsung mengurangkan bekalan darah yang dapat disalurkan kepada seluruh badan. Untuk mencapai bekalan darah yang diperlukan oleh badan, jantung perlu bekerja lebih kuat dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Ini dapat membebankan jantung pula dan sangat tidak bagus kepada jantung.

Dengan berbekam, hal diatas dapat dielakkan daripada terus berlaku. Apabila seluruh badan mendapat bekalan darah yang bersih dan mencukupi, organ-organ diseluruh badan dapat berfungsi dengan baik di tahap yang optimum. Dengan bekalan darah bersih yang mencukupi juga dapat mengurangkan atau menghilangkan masalah sakit kepala apabila organ dikepala dapat berfungsi pada tahap optimum dengan bekalan darah bersih yang mencukupi. - sumber http://www.terapialternatifislam.com

3. Salah satu cara untuk mengubat migrain juga adalah dengan kaedah pemakanan sunnah. Setahu kita orang yang mengalami migrain ini ada masalah pencernaan makanan. PH makanan terlalu berasid kerana tidak mengambil makanan yang seimbang. Kandungan kafien yang tinggi. Ada perlu seimbangkan PH tubuh badan dengan mengambil susu, madu, kurma dan delima. Pastikan ambil secara konsisten setiap hari sebelum makan dan sebelum tidur. Jadi perut anda akan terasa kurang berasid dan berada dalam keadaan seimbang.

4. Migrain juga kerap berlaku pada seseorang yang terkena serangan makhluk halus. Gangguan kepala ini sangat berkesan pada jin kerana kepala adalah tempat kita berfikir dan mengingat sesuatu. Tatkala kita diserang migrain, kita sukar untuk membaca al Quran dan malah sukar juga untuk berzikir. Mulut ini dikeluarkan  sakit..aduh.... Di situlah kita akan diuji oleh Allah tahap mana zikir kita adakah sudah sampai ke hati atau sekadar sebutan lidah yang tidak istiqomah? Jadi cara untuk mengelak migrain ini sentiasalah berzikir supaya tatkala kita di serang, hati dan mulut mudah untuk berzikir melawan jin yang menyerang kita.


5. Berbekam adalah cara sunnah rasullulah saw dalam pengubatan Islam yang di amalkan. Dengan teknik ini, darah toksid akan dikeluarkan dari kepala dengan teknik sucking bekam. Pesakit tidak perlu dibius kerana ianya tidak sakit malah akan terasa seperti satu urutan dan kelegaan tatkala darah itu keluar dari kepala. Dari sudut Islam, darah kotor itu adalah tempat tinggalnya iblis dan jin. Dan mereka jugalah yang menganggu hidup manusia agar sukar untuk melaksanakan ibadah. 

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat. 
Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link 


No comments:

Post a Comment