Covid-19 Cara Rawatan Alternatif




Covid19 adalah satu jenis virus yang menyerang sistem pernafasan melalui sentuhan dan titisan pernafasan. Virus ini sudah meragut ribuan pesakit. Ianya bermula di Wuhan China sehingga merebak ke seluruh dunia. Di hospital tidak ada rawatan vaksin khusus untuk merawat pesakit. Tapi dengan kuarantine dan isolasi dapat mengurangkan jangkitan pada individu lain sementara pesakit itu sedang dalam proses penyembuhan.

Berikut ada beberapa cara untuk merawat virus ini menggunakan herba dan juga perubatan Islam.

Pertama sekali bila anda terasa ada tanda-tanda yang ringan seperti sakit tekak. Sila terus berubat dengan pantas.

Methodnya dengan 3 cara

1) Menghapus microbil bakteria dalam badan
Dalam makanan harian kita ada bahan-bahan yang punyai zat khusus untuk membasmi kuman. Gunakan bahan-bahan berikut dalam masakan dan boleh juga buat rendaman untuk diminum

*ibu kunyit
*halia
*serai
*bawang putih

Buatlah berbagai jenis menu seperti nasi goreng, singgang dan berbagai lagi jenis masakan. Pastikan ambil lebih kuantiti tersebut, rasanya tak sedap, tapi ambil saja untuk proses pemulihan

2) Menghapus microbil bakteria luar badan
Luar badan juga perlu dijaga supaya kuman itu tidak terus membiak 

*sentiasa cuci tangan dengan sabun antiseptic
*berjemur di tengah hari - kerana kuman itu akan mati dengan suhu panas di Malaysia 
*bilas mandian dengan air campuran dettol
*kumur mulut dengan antiseptic spt colgate atau listerine
*bedak antiseptic

3) Antibiotik
Kita sebagai orang awan tidak boleh minta antibiotik di klinik, tapi kita boleh dapatkan alternatif dari herba

*minum air kelapa
*minum minyak kelapa dara (kalau tak boleh nak telan ambil kapsul) lebihkan dosage pagi, tengahari dan malam

4) Minum air ruqyah
Buatlah minuman air dari bacaan Al Kahfi dan Yaasin, terutama pada mereka yang menghafal surah tersebut. Atau baca sendiri. boleh click https://bekamhijamahruqyah.blogspot.com/2020/03/cara-ruqyah-dengan-air.html

5) Amalan selawat shifa

6) Amalan solat hajad, taubat. 

7) Zikir istifar 1000 kali setiap hari

8) Buat rawatan bekam, terutama di bahagian belakang bahagian paru-paru. 


Cara Ruqyah dengan Air Merawat Penyakit



Pertama sekali ambil air mineral.

Kemudian bacalah dari surah-surah Al Quran

Al Fatihah
Al Kahfi
Al Dukhan
Yaasin
Al Mulk
Al Sajdah
Al Ikhlas, An Nas, Al Falaq

Jika pesakit mengalami masalah kemurungan, rasa resah gelisah, tambahan surah
Al Rahman
Al Waqiah

Jika pesakit mengalami masalah kanser
Surah Al Fil 3x


Selawat tajriyyah, selawat shifa'

(Surah-surah ini akan lebih terhasil jika anda menghafal dan mengamalkannya. Kerana jin dan iblis itu tidak takut pada pembaca Al Quran, apatah lagi jika anda pasang audio dan letakkan pada air. Dia akan takut pada pengamalnya, iaitu sentiasa istiqomah dalam membacanya dan faham segala isi kandungannya. Surah-surah itu melekat di hati-hati dengan teguh dan boleh dihantarkan secara lansung atau melalui air kepada sesiapa saja yang dia kehendaki. Surah-surah itu boleh menjadi pelindung, pasukan dan pembela untuk pengamalnya di dunia dan akhirat. Jika tidak mengamalkan, cukup bacalah Al Fatihah dan Al Ikhlas 3 kali)


Tidak perlu meniup pada air, cukup memegangnya semasa anda membaca surah-surah tersebut. Ini adalah kerana tubuh kita ada energi yang cukup kuat untuk dialirkan kepada air.

Bacalah doa

" Ya Allah jadikanlah air ini asbab sebagai ubat bagi jasadku, Rohaniku, Hatiku dan seluruh organ-organ tubuh yang tidak aku ketahui, Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat. Ubat di dadaku dan seluruh tubuhku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai bala tenteraMu, Ya Allah jadikanlah setiap setitik air ini menjadi pasukanMu yang akan menyerang musuh-musuhMu, melemahkan,menghancurkan, Dan membunuh membinasakan semua syaitan dan jin atau kodam-kodam yang ada di dalam jasadku yang aku tidak dapat kendalikan baik yang aku undang kerana kelalaianku, tidak kira jin keturunan atau jin sihir yang dikirim seseorang untuk menzalimiku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat bagi keluargaku yang sedang kena sihir, Ya Allah jadikanlah air ini pembatal sihir-sihir yang ada di dalam hati dan ragaku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pemusnah penyakit-penyakit yang ada di dalam tubuhku.
Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pelembut hatiku, penenang jiwaku dan sesiapa pun muslimin dan muslimah yang meminum air ini "


Yakinlah dengan Al Quran dengan sebenarnya-benarnya. Kalau hati ini susah mahu yakin dengan kehebatan kalam Allah, ruqyah itu tidak mampu melawan penyakit anda, semua bergantung pada keimanan anda.Jika hati ini tidak yakin, pergilah dapatkan bantuan dari peruqyah.

Tepuklah dada dan tanya pada iman, adakah anda lebih yakin dengan ubat klinikal, doktor2 daripada kalam Allah itu sendiri? Saya berkata demikian bukanlah bermakna saya menolak segala bentuk ikhtiar, tapi hakikatnya segala penyakit yang didatangkan dari Allah itu adalah dengan tujuan untuk menguji ketaatan, keimanan dan keikhlasan hambaNya. Bagaimana kita hendak buktikan kepada Allah sekirannya Al Quran dan hadis itu kita letakkan di bawah dari perubatan moden? Sepatutnya kita utamakan Al Quran dan Hadis kemudian kita berikhtiar dengan apa cara sekalipun asalkan bukan dengan cara syirik.

.    Allah berfirman yang bermaksud :

" Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri."

( Surah Al Isra' : 88 )

2.    Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.    Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat

4.    Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud :

" Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar."

( Surah Al Baqarah : 23 )

5.    Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

6.    Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7.    Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud :

" Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. "

( Surah Al Baqarah : 22 )

8.    Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya :

" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "



Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

1.    Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya

2.    Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya

3.    Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya



Beberapa peringatan untuk kita bersama :

1.    Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan

2.    Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim

3.    Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.

4.    Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah

5.    Pesan Nabi Muhammad S.A.W :

" Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Bagaimana Bekam Hijamah Dapat Merawat Sihir Gangguan Jin Makhluk Halus


Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir ? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu ?Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. 




Berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya"

Jin / syaitan berjalan melalui peredaran darah manusia, oleh itu berbekam mampu membuang darah-darah kotor yang mengandungi unsur-unsur sihir, saka, santau didalam tubuh badan manusia.

Bekam sihir dapat gangguan boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi . Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis gangguan.

Fungsi utama berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir, saka, santau atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

Gabungan kaedah bekam serta amalan bacaan ayat-ayat rukyah dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir dan gangguan terhadap pesakit.

Darah yang mengandungi unsur unsur gangguan biasanya berwarna merah gelap , berketul-ketul seperti jeli dan bila ditarik seakan akan bertali. Bahagian badan yang dibekam biasanya meninggalkan kesan berwarna hitam dan bertompok-tompok seperti kesan melecur akibat terbakar.

Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan toksik daripada badan. Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.

Umat Akhir Zaman Adalah yang paling dimuliakan Allah



Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. Ba-ginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita se-mua.

Kerinduan Baginda itu di-nyatakan di hadapan saha-batnya, Abdullah bin Ab-bas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-lullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Kemudian Baginda ber-tanya: “Wahai seluruh ma-nusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”

Sahabat menjawab: “Sudah tentu malaikat, wahai Rasulullah.” Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman? Sedangkan me-reka adalah pelaksana pe-rintah Allah?”

Seketika kemudian, mun-cul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulul-lah.”

Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menja-wab: “Kalau begitu, makh-luk Allah yang beriman paling mengagumkan ada-lah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: “Ba-gaimana mungkin saha-bat-sahabatku tidak ber-iman sedangkan mereka menyaksikan apa yang me-reka saksikan mengenai diriku.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, men-dengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan-ku.”

Sebaik bersabda sedemi-kian, Baginda terdiam se-jenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberi-tahu sahabatnya: “Demi Allah, yang paling menga-gumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.

“Mereka itu beriman ke-padaku, padahal mereka semua tidak pernah ber-temu denganku. Mereka membenarkan diriku tan-pa pernah menyaksikan diriku.

“Mereka menemui tuli-san dan beriman kepadaku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membelaku seperti kamu membelaku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasihku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3: “Mereka yang ber-iman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW mela-fazkan: “Berbahagialah orang yang pernah meli-hatku dan beriman kepa-daku.”

Testimoni Bekam dan Air Ruqyah

KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.


Sunnah Rasulullah saw dalam meruqyah dengan tapak tangan untuk menghalang sihir sebelum tidur.

Rasulullah juga meniup pada kedua telapak tangan beliau ketika akan tidur dengan ( membaca ) Qul huwallohu ahad ( surat Al-Ikhlas), Qul A’udzu birobbil Falaq ( surat Al-Falaq ) dan Qul A’udzu birobbin Nas ( surat An-Nas ), lalu beliau mengusap wajah dan bagian tubuh yang lain yang mampu diusap dengan kedua telapak tangan beliau.

Berbekam, mengamalkan air ruqyah (bacaan Al Quran) dan pemakanan sunnah afdalnya kita jadikan rawatan pertama sekali selain berikhtiyar cara perubatan moden kerana ianya adalah dari sunnah amalan nabi Muhamad saw yang diturunkan kepada umatnya.

Testimoni Air Bacaan Ruqah RNS




 

Team RNS lain : IZZATI, FADHIL (pembekam professional)
Saya Siti Rahmah Abdul Rahman, salah seorang perawat dari Ruqyah Solutio Network, punyai ijazah sarjana dalam BBA di Universiti Islam Antarabangsa, kemudian Madrasah Tahfiz Raudah Nisaa dan pernah bersekolah agama di SMAT. Belajar perubatan islam dengan Darul Shifa Akrine. Sudah berkeluarga dan punyai anak. Minat saya dalam bidang dakwah dan perubatan Islam hadir tatkala saya di uji dengan ujian kekeluargaan, perniagaan, harta dan segala bentuk fitnah dunia akhir zaman ini saya laluinya sendiri.

Alhamdulillah, ujian saya diringankan atas minat saya dalam mentadabur dan memahani isi kandungan Al Quran serta Hadis sejak persekolahan. Saya mulai minat dalam menghafal ayat Al Quran terutama ayat untuk melawan serangan iblis, godaan hawa nafsu sebagai pendinding diri tatlama kemudian ianya bertambah kecintaan pada Al Quran. Jadi saya memilih untuk belajar dan mengamal perubatan Islam berbekam ruqyah agar lebih dekat dengan Al Quran. Alhamdulillah atas izin Allah ramai pesakit yang mengalami berbagai masalah berkaitan fizikal dan mental dapat diringankan dan ada juga yang kembali sembuh.

Bekam Sunnah Area Kuala Lumpur




72 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
.
Berikut merupakan penyakit yang dapat disembuhkan melalui kaedah berbekam. Insya-Allah jika dilakukan secara konsisten, penyakit-penyakit tersebut akan sembuh:




BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW
Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”
.

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

.

KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:
"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."
.
WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata
Rasulullah SAW bersabda
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,Maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."
Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayub AS disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
.
BEKAM vs SIHIR
Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir ??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu ??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!
.
BEKAM DI LEHER & TENGKUK
Nabi Saw bersabda
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."
Nabi Saw bersabda lagi
" Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."
.
BEKAM DI PELIPIS KENING
Anas bin Malik menceritakan
" Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda."
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.
.
KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.
Ibnu Abbas pernah berkata
Nabi Saw bersabda
" Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.
.
KEBAIKAN BERBEKAM
- Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
- Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
- Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
- Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
- Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
sumber penulisan: Dbekam muslimah putrajaya
Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda
Click link




Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda


Testimoni Ruqyah Water RNS

Kelebihan Surah Al Fatihah



1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .

2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.

3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur,  Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.

4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.

5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.

6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tentram dan terjauh dari gangguan setan.

8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.

11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

sumber: almukhlisin.my, gambar: google, jika perlukan credit, hubungi no di bawah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------




Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Kelebihan Surah Al Inshiqaaq


Firman Allah SWT,

"Apabila langit terbelah, [1]Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; [2]Dan apabila bumi diratakan, [3]Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,[4]Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; – (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). [5]Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). [6]Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, [7]-Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, [8]Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. [9]Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, [10]Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, [11]Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. [12]Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! [13]Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) ! [14](Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!"[15] (Al-Inshiqaq 001-015)

Huraian ayat

Pada ayat 1-5 Allah SWT menjelaskan apabila berlakunya hari Qiamat, langit akan terbelah kerana mematuhi perintah Allah SWT. Segala sistem cakerawala yang terdapat di langit seperti planet, bulan, bintang dan galaksi akan musnah dan hancur.

Bumi pun turut akur dengan perintah Tuhannya untuk bertukar menjadi rata. Segala-gala yang ada di atasnya seperti bukit bukau dan juga gunung ganang akan tercabut.

Bumi juga akan memuntahkan segala benda yang terdapat dalam perutnya seperti emas, logam , minyak dan juga mayat-mayat manusia sehingga benar-benar menjadi kosong.

Sebelum ini jika berlaku bencana di tempat masing-masing manusia boleh dipindahkan atau di selamatkan oleh pihak berkuasa ke tempat yang selamat atau di khemah-khemah perlindungan tetapi bencana kali ini menyeluruh sehingga tiada satu tempat untuk manusia boleh menyelamatkan diri.

Ayat ini memberi pengajaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah SWT. Kalaulah Allah SWT boleh membelah langit yang luas dengan mudah, apatah lagi amat mudah bagi Allah SWT untuk memusnahkan kehidupan-kehidupan kecil di dunia ini seperti manusia.

Justeru janganlah berlagak sombong dengan Allah SWT. Manusia adalah makhluk yang kerdil di sisi-Nya.

Begitu juga dengan bumi, jika ia boleh memuntahkan segala yang terkandung dalam perutnya, maka lagilah mudah bagi Allah SWT untuk menyingkap segala kelakuan yang dilakukan oleh manusia tanpa boleh disembunyikan.

Pada ayat keenam Allah SWT menjelaskan tabiat manusia yang sentiasa berpenat lelah. Ada yang berpenat lelah melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh di dunia sampailah ke penghujung hayat kerana yakin mereka pasti akan bertemu dengan Tuhannya dan bertemu pula dengan balasan pahala hasil dari amal kebajikan yang dilakukannya semasa di dunia.

Di samping ada juga manusia yang berpenat lelah mengumpul harta serta mengikut kehendak hawa nafsu melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Padahal mereka pasti akan mati dan bertemu dengan Tuhan serta balasan dosa hasil dari amal kejahatan yang dilakukan semsa di dunia.

Pada ayat ketujuh sehingga ayat kesembilan, Allah SWT menjelaskan tentang nasib golongan yang baik lagi beriman iaitu mereka akan menerima kitab catatan amalan di tangan kanan.

Orang ini akan dihisab dengan perkiraan yang mudah mudah sekali. Mereka akan kembali kepada kaumnya yang beriman sebelum menuju ke syurga dengan rasa gembira. Mereka akan berbangga dengan kitab catatan amalan masing-masing sambil berkata,

“Bacalah oleh kamu sekalian kitabku ini”.

Pada ayat ke sepuluh hingga kelima belas Allah SWT memberitahu pula keadaan orang yang celaka iaiatu mereka yang banyak melakukan kesalahan dosa serta menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mereka akan diberi kitab catatan amalan mereka dari arah belakang melalui tangan kiri sebagai tanda kebencian Tuhan untuk melihat wajahnya.

Orang-orang seperti ini menyesal tak sudah kerana bakal bakal dihumban ke dalam neraka Sa’eir . Mereka menjerit sambil menyumpah-nyumpah dirinya sendiri,

“Alangkah celakanya aku”.

Ada dua sebab mereka menyesal yang teramat sangat. Pertama kerana di dunia dahulu mereka merasa gembira apabila bersama dengan kaum yang engkar lagi derhaka kepada Allah SWT.

Sebab yang kedua pula kerana mereka menyangka selepas kematian, mereka tidak akan dibangkitkan semula untuk menemui Tuhannya. Lalu Allah SWT menjawab segala sangkaan mereka itu tidak benar.Sebaliknya mereka pasti akan dihidupkan semula untuk dibicarakan di depan Allah SWT

Ayat ini sekaligus menempelak golongan yang mengengkari hari kebangkitan sebagaimana reaksi orang-orang Quraisy seperti Ubai bin Khalaf dan Al-As bin Wail.

Mereka sanggup mengambil cangkul lalu menggali kubur-kubur di sekitar Mekah lalu tulang-tulang mayat yang sudah rapuh mereka kutip dan campakkan di depan Nabi saw.

Tulang-tulang itu kemudiannya dipijak-pijak dan diramas-ramas sehingga hancur menjadi debu. Setelah itu debu itu mereka tiup ke udara sambil berkata dengan sombong,

“Ya Muhammad, adakah engkau akan menyangka Tuhan berkuasa menghidupkan semula mayat-mayat yang sudah hancur ini ”.

Demikianlah jahatnya orang-orang Quraisy menolak dan menafikan tentang peristiwa hari kebangkitan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.

Di akhirat, golongan yang keras kepala ini akan menyesal, menangis, meraung dan menjerit-jerit sambil menyumpah-nyumpah diri mereka sendiri.

Mereka ingin balik semula kedunia untuk memperbaiki diri, namun semuanya sudah terlambat. Kerana jika sudah dibangkitkan di akhirat, manusia tidak boleh dikembalikan semula ke dunia untuk kali kedua.

Bukan itu sahaja, malah untuk mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di dalam kubur pun tidak diizinkan oleh Allah SWT lagi sebab di alam barzakh sama juga seperti di alam Mahsyar bukan tempat untuk manusia beribadat.
Tafsir Al-Quran

Sumber: usthjhishamuddinmansor
Gambar: google (Jika ingin claim hakcipta sila hubungi di nombor di bawah)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------




Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Kelebihan Surah Ar Rahman Melawan Depressi

Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang. Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Quran, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi fa biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”. Artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”

Antara keutamaan Surah Ar Rahman :

1. Mengingatkan kepada kita bahawa Allah SWT memiliki Sifat Maha Pengasih

Sebagaimana salah satu sifat Allah SWT dalam asmaul husna, bahawa Allah SWT mempunyai sifat Ar Rahman atau Maha Pengasih. Allah SWT sentiasa mengurus dan mencukupi keperluan seluruh makhluknya di alam semesta ini tanpa satu pun yang terlewat.

Allah SWT tidak pernah pandang bulu terhadap seluruh makhluk-Nya dalam hal rezeki. Allah telah menetapkan pada masa sebelum bumi dan alam semesta diciptakan tentang rezeki masing-masing makhluk-Nya. Termasuk manusia, baik dia muslim atau kafir.

2. Mengingatkan kepada kita atas semua nikmatNya yang telah dan akan dianugerahkan

Dalam Surah Ar Rahman terdapat penerangan mengenai pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhlukNya, khususnya nikmat yang diberikanNya kepada golongan jin dan manusia. Gambaran kenikmatan yang diberikanNya berupa rezeki yang kita gunakan di dunia kini dan kelak di akhirat bagi siapa sahaja yang mendapatkan kenikmatan syurga.

3. Mengingatkan kepada kita agar tidak kufur dengan nikmat
Rasulullah bersabda: “jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia  yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya. Pada saat itu Allah berfirman: soapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih. Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalau ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke surga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.”




Terapi Depressi
Antara kelebihan surah Ar Rahman ini juga adalah terapi pada mereka yang mengalami Depression atau kemurungan. Bacalah tiap kali terasa sedih dan hiba selain berdoa dengan Allah supaya segala kerunsingan kehibaan dan kesedihan itu hilang dengan secepat mungkin.

Berbekamlah kerana ianya sunnah. 

Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah. (Mu’jam Kabir – At Thabrani)

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah dari pelajar tahfiz dan perawat. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat.


Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Click link
wasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekam

Kelebihan Surah Al Waqiah




Khasiat Surah Al-Waqiah

Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

 .2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

 .

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

 1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.

1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).

2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.

3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.

  Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Sumber penulisan: shafiqolbu
Gambar: google (Jika ingin claim hakcipta sila hubungi di nombor di bawah)



Berbekamlah kerana ianya sunnah. 

Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah. (Mu’jam Kabir – At Thabrani)

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah dari pelajar tahfiz dan perawat. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat.


Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Click link
wasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekam

Kelebihan Surah Al Kahfi



Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah al-Kahfi pada setiap malam Jumaat, itu adalah amalan yang baik dan dituntut.

Maka, Surah al-Kahfi boleh saja dibaca secara bersendirian di rumah bagi menghidupkan amalan sunah. Ia bertepatan dengan hadis lain yang menyarankan kita agar menghidupkan amalan sunah di rumah.

Pada malam Jumaat atau hari Jumaat memang disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan hadis sahih daripada Nabi SAW antaranya, “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Kaabah).” (Riwayat ad-Darimi)

Islam amat mementingkan sesuatu amalan itu dilakukan secara istiqamah walaupun ia dilihat ringkas dan sederhana.

Masa yang Allah SWT berikan cukup luas untuk kita mendapatkan kurnia dan rahmat-Nya.

Semoga kita mendapat rahmat dan reda Allah SWT dengan sentiasa menghidupkan amalan sunah yang diajarkan oleh ulama dengan kefahaman yang tepat dan bersesuaian dengan syarak.

Kedua-dua surah itu antara surah yang terdapat dalam al-Quran.

Membaca al-Quran adalah satu ibadat dan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Umat Islam sentiasa digalakkan untuk melazimi membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat.


Daripada Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Laam Miim’ satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)

Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.

Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”

Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.

Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?

Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.

Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.

Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.

Penulis ialah pendakwah

Penulis Pengurus Bahagian Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan Universiti Utara Malaysia
Gambar: google (Jika ingin claim hakcipta sila hubungi di nombor di bawah)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berbekamlah kerana ianya sunnah. 

Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah. (Mu’jam Kabir – At Thabrani)

Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah dari pelajar tahfiz dan perawat. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat.


Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Click link
wasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekam

Kelebihan Surah Al Sajdah

Surah As-Sajdah ( Sujud) adalah surat ke-32 dalam Al-quran. Surah ini terdiri atas 30 ayat dan surah Makkiyah ( diturunkan di Makkah) serta diturunkan selepas surah Al-mukminun. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajadah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas. Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain itu ditegaskan dasar tauhid dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, di samping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Isi Kandungan

Keimanan: Menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W  itu benar-benar seorang Rasul dan menjelaskan  kepada Musyrik Makkah bahawa belum pernah diutus seorang rasul pun sebelumnya. Menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.

Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam


Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang Mukmindi dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.
Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini :

Baginda tidak akan tidur sehingga Beliau membaca Surah As-sajdah dan Surah Al-Mulk.

Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang solat pada malam lailatul-qadar.
Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Khalid bin Ma’dan ra. Berkata, “Bacalah surat Almunjiah (yang menyelamatkan) yaitu alif lam tanzil As sajdah, sebab saya mendapat keterangan bahwa ada seorang yang biasa membacanya, dan tidak membaca lain-lainnya, sedang ia banyak berdosa, tiba-tiba surat ini menghamparkan sayapnya dan berkata : Ya Rabbi ampunilah orang ini, kerana ia selalu membacaku, maka Allah menerima pembelaan (syafa’at)nya, dan berfirman: Tulislah untuk hamba-Ku itu ditempat tiap dosa dengan kebaikan dan naikkan derajatnya.” (R. Addarimi).

Sumber: madrasahannuur.com
Gambar: google (Jika ingin claim hakcipta sila hubungi di nombor di bawah)
 

Berbekamlah kerana ianya sunnah. 

Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata : bahwa Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah. (Mu’jam Kabir – At Thabrani)


Anda tidak berani utk berbekam darah? Cubalah dapatkan air ruqyah dari pengamal ayat-ayat Al Quran. Percayalah air yang dibaca dengan pengamal surah ruqyah akan menjadi senjata ampuh untuk melawan syaitan. Mereka tidak takut jika seseorang itu membaca al Quran tapi syaitan iblis akan terbakar ketakutan dengan mereka yang beramal dengan ayat Quran setiap hari. Air Ruqyah ini kombinasi surah2 penting Al Quran, Fatihah, Yaasin, Al Rahman, Al Waqiah, Ad Dukhan, Al Mulk, Ad Sajdah, Al Insyiqaaq dan berbagai lagi surah. Dapatkan sebagai ikhtiar kita dalam menyembuhkan segala bentuk penyakit, selain sentiasa berusaha dalam berubat.


Berminat mahu berbekam? Kami akan terus ke rumah anda

Click link
wasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekamwasap.my/+60146377649/bekam