Cara Ruqyah dengan Air Merawat Penyakit



Pertama sekali ambil air mineral.

Kemudian bacalah dari surah-surah Al Quran

Al Fatihah
Al Kahfi
Al Dukhan
Yaasin
Al Mulk
Al Sajdah
Al Ikhlas, An Nas, Al Falaq

Jika pesakit mengalami masalah kemurungan, rasa resah gelisah, tambahan surah
Al Rahman
Al Waqiah

Jika pesakit mengalami masalah kanser
Surah Al Fil 3x


Selawat tajriyyah, selawat shifa'

(Surah-surah ini akan lebih terhasil jika anda menghafal dan mengamalkannya. Kerana jin dan iblis itu tidak takut pada pembaca Al Quran, apatah lagi jika anda pasang audio dan letakkan pada air. Dia akan takut pada pengamalnya, iaitu sentiasa istiqomah dalam membacanya dan faham segala isi kandungannya. Surah-surah itu melekat di hati-hati dengan teguh dan boleh dihantarkan secara lansung atau melalui air kepada sesiapa saja yang dia kehendaki. Surah-surah itu boleh menjadi pelindung, pasukan dan pembela untuk pengamalnya di dunia dan akhirat. Jika tidak mengamalkan, cukup bacalah Al Fatihah dan Al Ikhlas 3 kali)


Tidak perlu meniup pada air, cukup memegangnya semasa anda membaca surah-surah tersebut. Ini adalah kerana tubuh kita ada energi yang cukup kuat untuk dialirkan kepada air.

Bacalah doa

" Ya Allah jadikanlah air ini asbab sebagai ubat bagi jasadku, Rohaniku, Hatiku dan seluruh organ-organ tubuh yang tidak aku ketahui, Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat. Ubat di dadaku dan seluruh tubuhku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai bala tenteraMu, Ya Allah jadikanlah setiap setitik air ini menjadi pasukanMu yang akan menyerang musuh-musuhMu, melemahkan,menghancurkan, Dan membunuh membinasakan semua syaitan dan jin atau kodam-kodam yang ada di dalam jasadku yang aku tidak dapat kendalikan baik yang aku undang kerana kelalaianku, tidak kira jin keturunan atau jin sihir yang dikirim seseorang untuk menzalimiku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai ubat bagi keluargaku yang sedang kena sihir, Ya Allah jadikanlah air ini pembatal sihir-sihir yang ada di dalam hati dan ragaku. Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pemusnah penyakit-penyakit yang ada di dalam tubuhku.
Ya Allah jadikanlah air ini sebagai pelembut hatiku, penenang jiwaku dan sesiapa pun muslimin dan muslimah yang meminum air ini "


Yakinlah dengan Al Quran dengan sebenarnya-benarnya. Kalau hati ini susah mahu yakin dengan kehebatan kalam Allah, ruqyah itu tidak mampu melawan penyakit anda, semua bergantung pada keimanan anda.Jika hati ini tidak yakin, pergilah dapatkan bantuan dari peruqyah.

Tepuklah dada dan tanya pada iman, adakah anda lebih yakin dengan ubat klinikal, doktor2 daripada kalam Allah itu sendiri? Saya berkata demikian bukanlah bermakna saya menolak segala bentuk ikhtiar, tapi hakikatnya segala penyakit yang didatangkan dari Allah itu adalah dengan tujuan untuk menguji ketaatan, keimanan dan keikhlasan hambaNya. Bagaimana kita hendak buktikan kepada Allah sekirannya Al Quran dan hadis itu kita letakkan di bawah dari perubatan moden? Sepatutnya kita utamakan Al Quran dan Hadis kemudian kita berikhtiar dengan apa cara sekalipun asalkan bukan dengan cara syirik.

.    Allah berfirman yang bermaksud :

" Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri."

( Surah Al Isra' : 88 )

2.    Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.    Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat

4.    Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud :

" Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar."

( Surah Al Baqarah : 23 )

5.    Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

6.    Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7.    Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud :

" Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. "

( Surah Al Baqarah : 22 )

8.    Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya :

" Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "



Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

1.    Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya

2.    Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya

3.    Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya



Beberapa peringatan untuk kita bersama :

1.    Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan

2.    Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim

3.    Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.

4.    Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah

5.    Pesan Nabi Muhammad S.A.W :

" Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

No comments:

Post a Comment